Sunday, 1 December 2013

Miss this moment..

Posted by Farhana Isa at Sunday, December 01, 2013 0 comments
Tengah2 duk delete file,jumpa this video...sob2

Wednesday, 6 November 2013

Percutian Tak Dirancang

Posted by Farhana Isa at Wednesday, November 06, 2013 0 comments
Awsome gile Farhana, 13 jam tido tak bangun2..haha..penat sgt lepas 2 hari travel dengan kakak menjelajah Perak..akhirnya sampai juga ke Pulau Pangkor..macam la jauh sgt Pangkor tu kan, walaupun tak jauh tp mcm2 halangan nak sampai ke sana walaupun berbelas kali dah jejak Pekan Lumut tu..boleh sesat lagi kt Pekan Manjung, yg paling ketara poyo nye sesat ke Hospital Sri Manjung...sgt melampau...huhu

Last minute decide nak travel, gerak dari rumah pun dah nak pukul 6 ptg, sampai di Lumut pukul 10 malam..hujan yang sgt lebat sepanjang Kuala Selangor hingga la Teluk Intan membataskan penglihatan mata yg rabun ni..huhu

Plan asal kami nak bermalam di pulau, tapi mcm biasa la Cik Farhana sorang ni, suka hati tukar plan, so cadangan ditukar hny pusing pulau je dan lepas tu keluar balik..jadi tak bermalam la sbb kami plan nak terus ke Batu Gajah plak...

Pulau Pangkor??? Takde la best sgt pun, panas je lebih..pantai pun tak cantik sgt...takde tarikan sgt pun dan bentuk muka bumi nya pun sgt la daif..first and last la kot pergi sana..tinggal kenangan je..

Kami sampai di Batu Gajah dalam pukul 4 petang..sebenarnya badan dah nak flat sebab malam tak dapat tido..tp makcik sorang tu tak reti penat...sampai la juga di Kellie Castle..istana berhantuuuuuu...tapi tempat ni sgt cantik dan tenang..sbb view atas bukit tu kot...pergh, nak kena memanjat tangga lagi...patah lutut makcik...tapi puas hati la, best juga bergambar kt atas tu..tp akhirnya sebelum turun tu, disebabkan tak boleh tahan letih sgt, terduduk jugak la ye...nasib tak pengsan ok...

Dengan tak sedar dirinya masih ada hati nak sambung drive ke Taiping plak..tapi disebabkan bukan la cuti sekolah banyak la hotel kosong lagi..So malam tu kami tidur di Hotel Taiping Perdana..sangat selesa dan best...bilik cantik dan breakfast sangat sedap...sangat sesuai untuk mengadakan kursus di sini tp malangnya selain Zoo Taiping tak ada apa yg menarik aku untuk datang di sini..boring la juga...kedai mamak pun tutup pukul 8 malam..ape punya live la kan..terasa asing sungguh kt sana...

dah berjalan pun berdua je kan, so kak long ambil gambar kita, kita amik gambir dia kan..smile ;)

Ada org sudi tlg amik gmbr kami dua org..huhu

tggu feri jalan...

awal pagi di jeti, org pun takde lagik

di parking bertingkat pekan Lumut

ready nak jenjalan walaupun tak tido semalaman



panas ok tiang tu..cover je nih




kacau pose org..


Restoran di Kellie's Cas
Kota Belanda
















Thursday, 17 October 2013

Satu Hari Di Hari Raya

Posted by Farhana Isa at Thursday, October 17, 2013 0 comments
Aidiladha 2013..sekadar merakam kenangan keluarga tersayang...

Lama tak menulis..blog ni pun sebenarnya aku tutup untuk sementara waktu..under construction tp kini dibuka semula..sekadar untuk berkongsi rasa hati..ye la tu kan..cuma pesanan saya, tak payah la rajin2 nak stalk blog org lepas tu nak sentap sendiri ye..this is my life, dan saya tak akan pernah menyesal dengan tulisan saya sendiri..promise

Raya haji 2013, utk tahun ke 29 hidup ini masih lagi beraya di Johor..tak bertambah dan tak berkurang ahli keluarganya..haha..tak lama pun balik raya, petang tu juga balik ke Kajang..tapi malang memang tak pakai perfume kan, tak berbau langsung..

Banyak plak tragedi menimpa dan masih bernasib baik..thanks le pada kakak yang banyak 'menolong' ye masa di balai polis dan JPN Muar tu ye..huhu...balik esoknya, terpaksa la kuatkan semangat, maklumlah dah xcident, pastinya ada trauma..kuatkan hati je, cuba nak fikir positif..takda sape yg boleh nak drive utk kita buat masa ni..so semua kena settle sendiri..apa pun, minggu ni dan minggu depan adalah minggu2 stress aku..exam lagi..rasa baru je rehat dari semput exam kan, nak exam lagi..huhu..kuat lagi ke kali ni? ntah lah..be strong Farhana...







Monday, 16 September 2013

Andai Lelaki Tahu

Posted by Farhana Isa at Monday, September 16, 2013 0 comments
andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna dia tidak sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

< sekadar perkongsian..andai dia tahu.. >

Saturday, 14 September 2013

Take A Break..

Posted by Farhana Isa at Saturday, September 14, 2013 0 comments
Johor Bahru, here I come..hehe

Sempena cuti Hari Malaysia ni kan, saje la duk perabis masa dan duit of coz kat JB..rindu, itu sudah pasti..tak tau kenapa rasa teramat la sebak bila sampai..nasib baik ada kakak kan, lau tak dah nangis2 masa drive kot..

Alamak, kena drive sendiri sebab kakak ada meeting..huhu, 4 kali makcik tu tunjuk jalan tp perasaan fobia sesat jalan di JB mengatasi segala-galanya...huhu, tapi akhirnya boleh la jugak drive jalan g Suria City Hotel tu..tapi pas check in mmg tak berani nak kuar dah, sbb takut sesat..haha

Lalu di tepi Hotel Selasa, erm, mcm ada sesuatu kt situ yang tertinggal..malam plak ke Bazar JB, lagi la sedih..sampai bila ye? Lembutnya hati aku ni..tak nak nmpk sedih sgt, g la layan kakak aku jalan satu Bazar ni..alahai, dah jalan ngan makcik ni, tercabut la kepala lutut aku..

Hari ni sempat singgah rumah kawan satu sekolah merangkap bekas staf..masa kahwin tersalah maklumat so ni kira balas balik la ni..dua dah anak ko Noni (skrg dah kena panggil Ani okeh...huhu)..tahniah la ye..sempat lagi grab aku sebelum balik tu, macam2 cerita..erm, kesimpulannya sama je..aku nak bawa diri, tak nak lagi pusing belakang..tambah2 lagi apa yang telah ku dengar..beb, aku tak cukup kuat nak tengok kehancuran orang lain..minta la dijauhkan..biar aku je yang pergi ye...

Dah sampai kampung, mak abah makin uzur, tgk keadaan rumah macam kurang terurus..tapi ego orang tua ni kan, erm...payah nak cakap..semoga semuanya dipermudahkan...mau tito, ngantuk ni ;)






Sunday, 8 September 2013

My New Trimester Begin

Posted by Farhana Isa at Sunday, September 08, 2013 0 comments
Ya Allah, menangis lagi..nak menaip post ni berjurai lagi air mata nih...ape hal ni? Bukan sepatutnya luka ni tak seteruk dulu ke? Kan dah tanam dalam hati supaya tak jatuh hati sedalam-dalamnya lagi, at least kalau org tak suka kat kita tak la sakit sgt kan...apa dah jadi? Benci pada diri sendiri dah meluap-luap, bukan sebab apa tapi sebab tak pandai nak balas dendam..pasrah je apa yang jadi..

Esok dah start new trimester saya..so bermula la senyuman palsu dlm kelas tu..haha, bukan tak suka pergi kelas tapi saya tak suka kepura-puraan semua orang..yang ambil kesempatan dan yang bodoh sombong..gosh...tak sabar nak habiskan tempoh 4 bulan ni lagi..harap semuanya berjalan lancar

Sejujurnya sangat tertekan..duit, keluarga, sakit hati..tak terluah dah dan tak ada sape sanggup dengar lagi pun..

Hanya doa kekuatan hati, oo ya, terkejut dengan sapaan seseorang yang pernah salahkan takdir aku sebelum ni..jangan risau, walaupun tiada lansung kata-kata maaf dari dia, saya dah maafkan semuanya..seperti biasa, tak reti nak berdendam..thanks ye Puan Roziana sebab sudi tny khabar..bukan tak teringin nak jumpa u all tapi sy bimbang ramai akan tafsirkan benda lain nanti..

** special dedication pada Suhaizam atas kelahiran Suhaizam Junior ye..terdetik juga nak wish dlm FB tp takut menganggu comment org lain plak..so, baca dari jauh je la..

rindu kat u all semua..semua dah berakhir kan? semuanya..sekali lagi takdir berubah disebabkan LELAKI..

Thursday, 29 August 2013

Judika - Bukan Dia Tapi Aku

Posted by Farhana Isa at Thursday, August 29, 2013 0 comments

Family pose..

Posted by Farhana Isa at Thursday, August 29, 2013 0 comments





Done my first trimester...

Posted by Farhana Isa at Thursday, August 29, 2013 0 comments
Kejap je kan..saya dah pun selesai menjalani satu trimester saya sebagai pelajar...macam2 suka duka, tapi apa yang paling menarik nak dikongsikan di sini, adalah nilai sebuah persahabatan..orang kata tak kenal maka tak cinta kan..sepanjang 3 bulan ni, saya dapat hampir 20 kawan baru..pelbagai latar belakang, ragam dan gaya nyerrr..haha

apa pun mula dengan first impression..siapa sangka orang yang kita rasa tak sama class ngan kita sebenarnya boleh get along together..dan sape sangka yang pada mulanya sekepala rupa2nya sekarang tak bertegur sapa...lumrah manusia up and down..tapi si blogger yang comel ni tetap dengan prinsipnya, be myself...dan finally saya memang menjadi diri saya...;)

final exam???? erm, tak memuaskan lansung..tapi harap carry mark sebelum ni dapat la membantu..itu je usaha yang mampu dilakukan...difikirkan kembali, tekanan belajar kali ni mendatangkan 150% stress sebenarnya...mana nak bahagikan masa dengan family, nak kejar assignment setiap hari ye, bukan setiap minggu...tapi yang paling sengsara sekali bilamana terpaksa berperang dengan hati yang dah berkecai ni..

takpe la, ku sangka panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari..kekuatan saya pada dia tapi dia dah leraikan kekuatan tu...ingatkan mampu bertahan tapi nampaknya tidak..apa salah saya ye? susah ye nak jaga saya? saya manja sgt ye? saya mata duitan ke? saya tak fahami perasaan u ke? saya mendesak ke? apa pun alasannya, saya tetap kecewa...andai satu hari kita bertemu nanti, satu je soalannya, Kenapa rasa terpaksa tinggalkan saya? 

Hidup harus diteruskan..ada lagi tiga trimester lagi harus dikejar...dan malam ni saya mendapat semangat baru...menyambung cita2 untuk mengejar taraf sebagai akauntan bertauliah atau mengubah profesion menjadi seorang pensyarah...kedua-duanya menarik..hampir pasti untuk melangkah pergi..semua kenangan dijadikan kekuatan untuk satu permulaan baru yang pastinya tanpa seorang peneman di sisi..;)

Selamat datang trimester baru pada 9 September ni, alahai, kejapnya rehat...huhu

Thursday, 22 August 2013

Bersabarlah Wahai Hati

Posted by Farhana Isa at Thursday, August 22, 2013 0 comments
Andai hati boleh dilihat deruannya, pasti hati aku yang paling laju arus dan tekanannya..lemah rasanya saat dan tika ini..hidup dikelilingi ramai manusia tapi masih terasa keseorangan..akhirnya malam tadi tumpah segala-galanya..ya, kelemahan sendiri, siapa yang gatal sgt reply msg si dia kan..ni la padahnya..lemahnya rasa..

Orang kata kalau kita terjaga jam 2-3 pagi, ada yang sedang perhati kita? betul ke? Malaikat ke? atau bayangan si dia..ntah la, apa yang pasti aku semakin tertekan..minggu depan final exam tapi apa pun tak sedia lagi..dengan keluarga yang semakin kerap mengunjungi rumah (bukan tak suka tapi masa amatlah tidak sesuai), dengan rakan sekelas yang tak matang lansung tu (pernah melalui fasa seperti dia, so biarkan aje)..dengan org yang kita sayang tinggalkan kita...

Erm, tak pernah terlintas nak hadapi rasa pilu di hati dengan perasaan kehilangan..tahniah lah sbb dia dah buat sy rasa nak mati sangat ni..makan tak lalu,tengok tv tapi fikiran ke lain, buka tutup mata muka dia je yang ada dalam fikiran ni..lepas solat tak payah ckp la, asyik berjujuran air mata..apa yang ku doa kan? erm, kalau mampu aku doa agar dia halal bagi ku syukur Alhamdulillah tapi pastinya itu tak mungkin akan terjadi..

Kawan setelah putus kasih? u tau tak kenapa kita tak akan boleh bertemu apa lagi nak menjadi seorang sahabat? erm,biarlah rahsia..

Bila kenangkan janji, saya rasa sakit..bila kenangkan u tak mampu buat apa yang u janjikan, saya rasa pedih..dua tahun sy ambil masa nak pulihkan hati setelah ditinggalkan dulu, sekarang rasanya ntah berapa lama lagi masa yang tinggal untuk saya...

Tak sabar nak habiskan Master yang sgt2 menguji kesabaran dan kekuatan tubuh badan ni..tapi wanita yang namanya Farhanah ni sifatnya degil walaupun hatinya tak secekal mana..semoga cahaya terang menyinari masa depanku..semoga peluang untuk berhijrah jauh dari kawasan Bangi dan sewaktu dengannya akan termakbul..amin


*** yang perginya itu cinta, pasti yang datang itu Jodoh..In Sha Allah ;)




Thursday, 1 August 2013

Bila kita hilang sesuatu..

Posted by Farhana Isa at Thursday, August 01, 2013 0 comments
Mainan dunia..bertemu dan berpisah adat manusia biasa..apa harga yang perlu dbayar untuk sebuah kehilangan? betul ke kita telah kehilangan atau sebenarnya kita membawa diri jauh dan terus jauh..alasannya, tak nak terluka lagi..gosh, setiap malam menangis, tidur plak ditemani sehelai jaket yg hampir lusuh yang hampir hilang auranya,pejam dan celik mata ni dia yg pertama terlintas di fikiran..tak terhiris hati ni bak dimamah belati ke?

Apa harga air mata tu cik blog? air mata tu untuk apa ye?
Air mata ni untuk semua kenangan ketika bersama dulu, air mata ni untuk semua janji yang tak dapat nak dipenuhi, air mata ni untuk semua org yang tak pernah merestui kasih kita dan yang paling penting air mata ini untuk perasaan rindu yang tak tertanggung lagi..

Jangan pernah hadir lagi sebagai seorang kekasih selepas ni kerana ianya akan hanya membunuh..cukuplah sekadar memandang dari jauh selagi sudi..terima kasih juga untuk semua pesanan2 yg membina..

Jangan selalu sgt menangis, jantung akan makin lemah ( sedang cuba utk tersenyum..haha)
Jangan lupa ayat 4 Qul sebelum tidur ye

Ramadhan dah nak melabuhkan tirainya..Almahrum 'Abang Lan' telah dipanggil Ilahi secara khusnul khatimah, kita? Masih lagi gagal mengejar lailatul qadar..masih ada ruang lagi untuk taubat dan mendekatkan diri dengan Allah..

Selamat Datang Syawal..

Thursday, 18 July 2013

Perasaan Itu Satu Anugerah..

Posted by Farhana Isa at Thursday, July 18, 2013 0 comments
Heboh seantero Malaysia memperkatakan mengenai perkahwinan Asyraf Muslim dan isteri pertamanya Dayana..di laman FB mulalah rakan-rakan yang telah pun berkahwin mungkin bersimpati dan segelintirnya empati di atas nasib yang menimpa Dayana..

Tak terkecuali si penulis blog ni, namun lebih melihat masalah mereka atas pengalaman peribadi yang dialami sendiri..Maaf kepada pembaca blog yang terasa, bukan nak pertahankan Wan Sakinah atau Asyraf tetapi rungkailah dan adililah mereka dengan pandangan yang lebih objektif dan balik kepada kenyataan ini semua kerja Tuhan dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian..

Dear Dayana, anda bertuah memiliki seorang suami yang sangat bertanggungjawab..sangat gentleman..mungkin dirahsiakan perkahwinan kedua itu adalah jalan terbaik kerana banyak hati yang perlu dijaga..banyak yang telah aku lalui, pengajarannya di sini, adalah lebih baik sesuatu perkara itu dirahsiakan andai orang-orang yang kita sayang tidak tergores hatinya dan semuanya akan hidup dengan bahagia..sekarang lihat, bagaimana semua hati orang-orang yang tersayang telah terluka dan fikirlah berapa lama masa harus diambil untuk memulihkan kepercayaan dan keceriaan pada semua yang terlibat???

Dear Wan Sakinah, bertuah juga anda kerana dijodohkan juga dengan seseorang yang anda cinta dan sayang..bertuah sebab pengakhiran kesusahan di dalam percintaan anda dengan Asyraf diakhiri dengan kebertanggungjawaban Asyraf untuk menikahi anda..tindakan anda berdiam diri tanpa menambah bara api pada masa ini adalah tindakan terbaik, walaupun mungkin anda terasa bimbang dan kurang keyakinan terhadap perhubungan tersebut namun jadilah wanita yang tabah dan bersabar..walaupun digelar kita sebagai perampas namun redha lah dengan ketentuan Illahi..perasaan itu satu anugerah..yang membezakannya hanyalah samada kita ikhlas atau tidak terhadap perhubungan tersebut..

Dear Asyraf, andai tuan mampu menjadi adil maka bersedialah dengan semua badai yang menanti..hati wanita ibarat sutera, sangat lembut dan sensitif..teruslah menjadi khalifah yang baik dan selamat berbahagia dengan redha Illahi...

Kepada semua pembaca, sang masyarakat yang menjadi hakim dunia, nilailah mereka ini dengan mata hati bukan mata kasar..prinsipnya mudah, yang penting semua pihak yang terlibat redha..jika tidak, undurkan diri adalah jalan terbaik..mungkin ada hikmah yang tidak terhingga menanti kita...

** Sedang mengamalkan Surah Al-Kausar..semoga hati wanita bernama FARHANAH (orang yang sentiasa gembira) pulih dan terus bahagia ;)


Friday, 4 January 2013

AdaMu - NajwaLatif (lyrics)

Posted by Farhana Isa at Friday, January 04, 2013 0 comments


Gelora hati tak siapa tahu,
Harap kasih datang bertamu,
Mengharap rindu dulu tak datang selalu,
Bimbang berhamba pada sesuatu bukan milikku...

- farhana isa -

Realitinya Masih Di Sini..Selamat Datang 2013

Posted by Farhana Isa at Friday, January 04, 2013 0 comments
Teringat ketika menerima kehadiran 2013, di Kuarters TNB Paka, Terengganu dengan juraian air hujan yg maha lebat..erm, sejuk dan mendamaikan ;)
 
Rakan-rakan FB sibuk mengupdate status, menanam azam utk tahun baru..ceria dan berbunga harapan..Sama juga dengan empunya diri, masih mengharap satu kepuasan dalam hidup, bahagia, gembira dan kesihatan yang lebih baik..amin
 
Kini hari keempat di tahun baru, tulisan pertama dalam lembaran blog ini, mengharapkan ada sedikit kenangan manis yang dapat dikongsi bersama..melangkah keusia yang setahun lebih tua, menjadikan kita lebih matang..matang dari segi bicaranya, penampilannya, kepimpinannya dan kredibiliti sebagai seorang ketua..Jika diizinkan Tuhan, akan ada satu revolusi baru dalam putaran hidup manusia bernama Farhanah Md Isa ini..Apakah??? haha, ntah la
 
Apa pun, ku yakin ku ada Kamu...(pinjam OST Setia Hujung Nyawa, gila fantasy citer tu..so sweet..hihi)
 
Hujan membasahi bumi,
Kilat sabung menyabung,
Harapan menyelubungi hati,
Andai sesuatu bermakna datang menghurung...
 
Hanya Allah Maha Mengetahui Segala-galanya...

 

Jantung Masih Berdetik, Hati Masih Terasa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting