Thursday, 18 July 2013

Perasaan Itu Satu Anugerah..

Posted by Farhana Isa at Thursday, July 18, 2013
Heboh seantero Malaysia memperkatakan mengenai perkahwinan Asyraf Muslim dan isteri pertamanya Dayana..di laman FB mulalah rakan-rakan yang telah pun berkahwin mungkin bersimpati dan segelintirnya empati di atas nasib yang menimpa Dayana..

Tak terkecuali si penulis blog ni, namun lebih melihat masalah mereka atas pengalaman peribadi yang dialami sendiri..Maaf kepada pembaca blog yang terasa, bukan nak pertahankan Wan Sakinah atau Asyraf tetapi rungkailah dan adililah mereka dengan pandangan yang lebih objektif dan balik kepada kenyataan ini semua kerja Tuhan dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian..

Dear Dayana, anda bertuah memiliki seorang suami yang sangat bertanggungjawab..sangat gentleman..mungkin dirahsiakan perkahwinan kedua itu adalah jalan terbaik kerana banyak hati yang perlu dijaga..banyak yang telah aku lalui, pengajarannya di sini, adalah lebih baik sesuatu perkara itu dirahsiakan andai orang-orang yang kita sayang tidak tergores hatinya dan semuanya akan hidup dengan bahagia..sekarang lihat, bagaimana semua hati orang-orang yang tersayang telah terluka dan fikirlah berapa lama masa harus diambil untuk memulihkan kepercayaan dan keceriaan pada semua yang terlibat???

Dear Wan Sakinah, bertuah juga anda kerana dijodohkan juga dengan seseorang yang anda cinta dan sayang..bertuah sebab pengakhiran kesusahan di dalam percintaan anda dengan Asyraf diakhiri dengan kebertanggungjawaban Asyraf untuk menikahi anda..tindakan anda berdiam diri tanpa menambah bara api pada masa ini adalah tindakan terbaik, walaupun mungkin anda terasa bimbang dan kurang keyakinan terhadap perhubungan tersebut namun jadilah wanita yang tabah dan bersabar..walaupun digelar kita sebagai perampas namun redha lah dengan ketentuan Illahi..perasaan itu satu anugerah..yang membezakannya hanyalah samada kita ikhlas atau tidak terhadap perhubungan tersebut..

Dear Asyraf, andai tuan mampu menjadi adil maka bersedialah dengan semua badai yang menanti..hati wanita ibarat sutera, sangat lembut dan sensitif..teruslah menjadi khalifah yang baik dan selamat berbahagia dengan redha Illahi...

Kepada semua pembaca, sang masyarakat yang menjadi hakim dunia, nilailah mereka ini dengan mata hati bukan mata kasar..prinsipnya mudah, yang penting semua pihak yang terlibat redha..jika tidak, undurkan diri adalah jalan terbaik..mungkin ada hikmah yang tidak terhingga menanti kita...

** Sedang mengamalkan Surah Al-Kausar..semoga hati wanita bernama FARHANAH (orang yang sentiasa gembira) pulih dan terus bahagia ;)


0 comments:

Post a Comment

 

Jantung Masih Berdetik, Hati Masih Terasa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting