Friday, 28 December 2012

Kera Di hutan Di Susukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan

Posted by Farhana Isa at Friday, December 28, 2012 0 comments
Tak pernah jumpa kera dalam hutan, tp tadi lalu dekat satu building dalam kampus td, mmg bnyk kera bergayut kt situ..huahuahua..
 
Mode : Sedih sebab terasa gagal menjadi ketua yang baik..
 
Ye ke gagal, mungkin perkataan yg paling sesuai adalah belum cukup baik sebagai seorang ketua..sama je kan..
 
Bertemu lg di penghujung tahun dan seperti biasa setiap manusia memasang azam..samada azam menjadi kenyataan atau sekdar angan2 mat jenin..tak terkecuali pada diri sendiri, mau menjadi yang lebih baik dari tahun sudah..baik dan terus baik..hakikatnya bagaimana? Seolah-olah strategi yg diatur telah silap dan akan menjadi lebih parah andai tidak diubah corak permainannya..namun sampai bila? Dan yang pastinya, aku x nak menjadi Rajagobal kedua plak lepas ni..
 
Seperti perumpaan di atas, siapa kera siapa anak? Erm, mungkin terpaksa akui kesilapan itu..anak di depan mata telah rasa diabaikan kerana sibuk menjaga si kera yang seolah2 kelaparan dan pandai merayu kasih dan simpati..kesian sang anak..(sekadar perumpaan dan tidak memaksudkan sesiapa sebagai kera atau anak..harap faham)
 
Sejujurnya, saya mohon maaf andai anak-anak itu terasa terbiar, dan saya sebagai manusia biasa ada kelemahan dan kekurangan..Hari ni, pulang ke situ pada tengahari Jumaat dengan rasa sayu dan kehilangan..seolah-olah tiada lagi keluarga tempat bergantung dan bermanja..Sunyi sepi..si kera telah lepas bebas, rasa bahagia, tp apa dah jadi dengan si anak?
 
Tanggungjawab harus diteruskan, dan pada anak-anak, doa cuma satu..jgn jauh dari sy, sbb sy masih perlukan kalian..
 
Sekali lagi, saya mohon maaf...
 

Saturday, 15 December 2012

Sayonara Bandung...

Posted by Farhana Isa at Saturday, December 15, 2012 0 comments
Org kata hujan emas di negara org, hujan batu di negeri sendiri..tp negeri sendiri lebih baik kan..ape maksudnya tu..haha..masuk hari ketiga rasa nak lompat balik Malaysia dah..mula la rindu merindu..haha..mak pun demam dah, terpaksa la aku kuatkan semangat gak menguruskan beg2 kami tu..last2, aku pun telan Panadol jgk..


sempat singgah di Kartika Sari, beli kek


Flight dah sampai

Alhamdulillah, sampai Malaysia jam 230 petang pada 30 November 2012..so, sekali lg la terpaksa kuatkan semangat, berjalan menuju kereta yang diparking hampir 1.5 KM dari terminal...opss, abg2 motor x yah la nak hon2 sy, sy tau sy cun, jln lenggang kangkung lg..sbb dah penat tau...bkn nak kasi tumpang kan3..hambik, melayang RM 70 hinggit parking je..
Yang paling syahdunya tu, terus kena balik Johor...ish, x boleh terjangkau dek fikiran Cik Farhana ni kuat gile erk..haha
Tamat sudah cerita Bandung..haha :)


Bandung Part III

Posted by Farhana Isa at Saturday, December 15, 2012 0 comments
Hari Ketiga..

Kami bangun awal, sbb tak biasa dgn kesiangan hari di sana..subuh pkl 4 lebih dan pkl 5.15 pagi tu dah macam pkl 7 pagi Malaysia..huhu

sekitar bawah hotel sambil tggu supir smpi




Off ke Tangkuban Perahu..cantik tempat tu, seolah2 mcm berada betul2 bawah awan..erm, suka3




Yan pow duit kak ngah..







sms sape la tu ek...haha..atas puncak pun ade line kan3

Monday, 10 December 2012

Bandung Part II

Posted by Farhana Isa at Monday, December 10, 2012 0 comments
Hari kedua, sementara menunggu Yan habis kelas, kami mulakan perjalanan ke Pasar Baru...tempat shop2 la tu...7 tingkat semuanya, penuh dgn kain baju..dari pandangan pakar analisis tak bertauliah ni, harga barang kt sna agak murah lah...boleh tahan la...3x ganda dari baju2 di Kenanga Wholesale City kt Jalan San Peng tu..




Off to Pasar Baru






Banjir Kilat..mcm Kolumpo jgk ler ni


Indonesia pun hargai SUDIRMAN tau

Dalam jam 3, kami bergerak semula ke Jatinangor, dah janji dgn Yan, dia nak ikut trip utk hari ketiga tu ke Tangkuban Perahu..kebetulan Khamis dia x de kelas...ptg tu, sempat la kami ke beberapa Factory Outlet yang ada di Bandung..erm, biasa je kot sbb x bnyk sgt brg yg kitorang suka..tp harga murah la jgk
 Dalam salah satu FO



Sempat pose lg tu depan Fave Hotel, Braga


Sempat singgah kat Karaoke di hotel..erm, agak mahal caj nya, tp nak lepas kemaruk pny pasal..keh3



Monday, 3 December 2012

Bandung..here we come..part I

Posted by Farhana Isa at Monday, December 03, 2012 0 comments
Mak dah x sabar nak tgk anak dia, finally pada 27 nov lepas, terbang jgk la kami ke sana..mcm2 perasaan bila nak kena fly..maklumlah, sorang je nak urus semua plus cuti yg agak lama dan bnyk plak kerja2 yg perlu diselesaikan segera..tp sebab dah beli tiket, terpaksa la dgn berat hati pergi jgk la...jam 8 malam, yeaaa...sampai ke Bandung...erm, sejukkkkk ;)

Bilik tamu di UNPAD - takde aircond, waaa..x blh thn..huhu



First dinner, mak buat muka penat...tp sy lg penat ni...simpan dlm hati je la..haha




Tgh pikir berapa duit nak habis ni...haha

Pekan Jatinangor, Bandung

Tuesday, 6 November 2012

Setahun Berlalu

Posted by Farhana Isa at Tuesday, November 06, 2012 0 comments
Umpama mimpi, berborak dengan jiran sebelah bilik, tak sangka dah setahun kami di sini..
 
Ofis baru (walaupun kerusi meja lama), staf baru (mode : staf yang terlebih caring dari biasa...haha), kereta baru (erm, terpaksa tukar kereta sbb kereta lama ada bayang2 sang arjuna..uwaa), rumah je belum beli yg baru dan boyfriend pun x jmp lagi yang baru (mode : baru pas declare x serasi hari ni, so sy dh free..keh3)..hehe
 
Muhasabah diri, andai satu hari ditakdirkan Allah kami bertemu dalam apa jua keadaan, adakah bersedia untuk menempuhnya? Erm, ntah lah..kini masih ligat berlari..Kak Ros jadi Penyiasat Peribadi semua jadual kerja si dia..bimbang bertembung di dalam satu program atau mesyuarat yg sama..huhu
 
Buat keluarga baru ku, bukan sbb tak sayang tapi hati tidak serasi di sini..bukan jiwa saya bukan impian saya untuk terus di sini..sekadar jalankan tanggungjawab dan amanah..sekadar menjadi pekerja cemerlang (huhu..untung ler klu dpt APC tahun ni..keh3, tp tak blh sbb sorang staf kata sejak dia kerja x pernah dpt APC, so mari kita tengok tahun ni dia blh dpt ke tidak kan..haha)

Pada semua pembaca, pintaku agar doakan kesejahteraan saya, kebahagiaan saya dan yang paling penting kesihatan saya..hampir mengorak ke alam 29 tahun dah ni, moga2 di beri umur yang sedikit panjang dari biasa (haha..cam ne tu ek)
 
Tahun 2013 : kalau ada sisa umur, UKM akan ku tinggalkan..kerja Allah, x siapa yang tahu...;)
 
p/s : x blh tgk seseorang, sedih kenangkan 'adik' yang macam gelap masa depan di UKM ni..bagi cool dlu, nnt 'akak' bg kaunseling yerr...UKM ni bkn end of the world ok...
 
*** sape2 yang available nak teman makan keow tiow kerang Kg Baru...hahaha...
**** murung sebab mcm ada org dah x sudi tgk saya kt UKM ni...uwaaaa...
***** buka blog lama (www.hanahanie.blogspot.com), buat maintenance...sedih lg, ingtkan dah boleh baca dengan suka dan gelak tawa...kah3 - decide x nak tukar pswrd, biarkan pswrd tu sampai bila2..huhuhu...
 
 

Wednesday, 17 October 2012

Dipandang Sayang, Dijeling Benci

Posted by Farhana Isa at Wednesday, October 17, 2012 0 comments
Menulis lagi..
 
Kisah hati pastinya, Ya Tuhan andai ini sekali lagi UjianMu aku redha..namun berikan aku sedikit kelonggaran agar dapat ku fikir dengan mendalam hikmah di sebaliknya..
 
Umpama lirik-lirik lagu, BERBISIK DI DASAR HATI, BERTANYAKAN PADA DIRI, APA YANG KU RASA KINI...
 
Sejujurnya hati ini runtun qalbu, teringat kata-kata sesorang yang sangat istimewa, sifat hati ini qalbu, berbolak balik..hanya akal dapat mengawalnya..mungkin kini, antara akalku dan hatiku sedang berperang..tapi antara yakin atau tidak, aku mengharapkan akal yang waras akan menang..perlu menang agar tiada lagi insan-insan lain yang akan kecewa..yang meratap hiba, yang meruntun pilu di atas satu anugerah 'perasaan' yang dikurniakan Ilahi..
 
Jangan disambut kasih yang datang, andai ini satu prinsip, ya jika ianya akan membahagiakan ramai pihak...andai itu kesudahannya, matikan aku Ya Allah dalam imam dan peliharalah diriku ini dari perkara-perkara yang Engkau murkai...
 
Jodoh Itu Rahsia Allah :)

Mode : sedih..bila sedih kerja pun x fokus :(
 
 

Saturday, 6 October 2012

End of the journey...

Posted by Farhana Isa at Saturday, October 06, 2012 0 comments
Hari terakhir di Medan, kami hanya bersiar-siar di bandar Medan...dapatlah singgah di beberapa kedai nak beli kain dan keropok...sejujur2nya saya tak berapa enjoy shopping di sini sbb budaya orgnya di sini suka kejar pembeli..so, mmg tak boleh nak tgk dan pilih2 sgt barang..suam2 je shopping pun...huhu




Flight kami pada pukul 9.30 malam, disebabkan bawa mak dan kami pun sedikit kepenatan, akhirnya kami buat keputusan nak check in hotel selepas lunch sementara tggu malam...jam 4, saya dengan kakak ke Spa, mmg best gile cuma kami sedikit terkejar..yang lain2 shopping kek lapis utk di bawa balik..yeaaaa, sampai Malaysia sudah...;)

Medan Part berapa dah ni ek

Posted by Farhana Isa at Saturday, October 06, 2012 0 comments
Sampai di Berastagi agak lewat, erm, Cameron Highland kedua la ni..sejuk dan produknya sayur dan buah..finally dah rasa strawberry kt sni, org kata rasanya lain tp secara personal rasanya sama je kotttt


jagung Berastagi, biasa je la...


monumen ni dibina dan direka sebiji seperti di Thailand..


salah satu view di Taman Alam, tempat ni katanya untuk para sami bermeditasi tapi dibuka juga utk org Islam untuk berzikir..erm, fikirlah sendiri ek





Aktiviti kami di Berastagi adalah mandi di Hot Spring Gunung Sibayak..pinjam ayat kak Salmah gak.."akhirnya dapat juga mandi air panas, mmg teringin sangat nak mandi"...keh3..kami keluar dalam jam 5, dan mmg masa mandi tu adalah waktu magrib...kui3..sbb pada masa tu view dari gunung berapi tu mmg cantik..awesome la..mmg real nampak api..



muka penat lepas mandi air panas...

Malam terakhir di Medan..alahai, dah nak balik Malaysia nih :(

Otw ke Berastagi...

Posted by Farhana Isa at Saturday, October 06, 2012 0 comments
Kami tinggalkan Samosir Island, sebelum bergerak ke Berastagi, kami singgah di sebuah perkampungan Batak...seram gak tempat ni..mungkin adat orang Batak tu yang agak berbeza dengan budaya kita...




menunggu feri untuk ke Berastagi

bersama Supir kami



Setelah sampai di dermaga, kami teruskan perjalanan hampir 4 jam lagi ke Berastagi..disepanjang perjalanan kami disajikan dengan ladang kopi dan dimaklumkan syarikat Nestle yang menghasilkan Nescafe tu mengambil kopi dari sini rupanya...

singgah sebentar di sini untuk berehat dan menikmati kopi serta pisang goreng yang sangat best...


view dari cafe


air terjun sepiso-piso..nak turun ke air terjun tu perlu 2 jam..mmg tak la kan...



air terjun ni sebenarnya terbentuk dari mata air gunung tu..hebat ciptaan Allah



Menuju ke Berastagi...lagi 2 jam nih...huhu
 

Jantung Masih Berdetik, Hati Masih Terasa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting