Friday, 28 December 2012

Kera Di hutan Di Susukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan

Posted by Farhana Isa at Friday, December 28, 2012
Tak pernah jumpa kera dalam hutan, tp tadi lalu dekat satu building dalam kampus td, mmg bnyk kera bergayut kt situ..huahuahua..
 
Mode : Sedih sebab terasa gagal menjadi ketua yang baik..
 
Ye ke gagal, mungkin perkataan yg paling sesuai adalah belum cukup baik sebagai seorang ketua..sama je kan..
 
Bertemu lg di penghujung tahun dan seperti biasa setiap manusia memasang azam..samada azam menjadi kenyataan atau sekdar angan2 mat jenin..tak terkecuali pada diri sendiri, mau menjadi yang lebih baik dari tahun sudah..baik dan terus baik..hakikatnya bagaimana? Seolah-olah strategi yg diatur telah silap dan akan menjadi lebih parah andai tidak diubah corak permainannya..namun sampai bila? Dan yang pastinya, aku x nak menjadi Rajagobal kedua plak lepas ni..
 
Seperti perumpaan di atas, siapa kera siapa anak? Erm, mungkin terpaksa akui kesilapan itu..anak di depan mata telah rasa diabaikan kerana sibuk menjaga si kera yang seolah2 kelaparan dan pandai merayu kasih dan simpati..kesian sang anak..(sekadar perumpaan dan tidak memaksudkan sesiapa sebagai kera atau anak..harap faham)
 
Sejujurnya, saya mohon maaf andai anak-anak itu terasa terbiar, dan saya sebagai manusia biasa ada kelemahan dan kekurangan..Hari ni, pulang ke situ pada tengahari Jumaat dengan rasa sayu dan kehilangan..seolah-olah tiada lagi keluarga tempat bergantung dan bermanja..Sunyi sepi..si kera telah lepas bebas, rasa bahagia, tp apa dah jadi dengan si anak?
 
Tanggungjawab harus diteruskan, dan pada anak-anak, doa cuma satu..jgn jauh dari sy, sbb sy masih perlukan kalian..
 
Sekali lagi, saya mohon maaf...
 

0 comments:

Post a Comment

 

Jantung Masih Berdetik, Hati Masih Terasa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting