Monday, 16 September 2013

Andai Lelaki Tahu

Posted by Farhana Isa at Monday, September 16, 2013 0 comments
andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna dia tidak sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

< sekadar perkongsian..andai dia tahu.. >

Saturday, 14 September 2013

Take A Break..

Posted by Farhana Isa at Saturday, September 14, 2013 0 comments
Johor Bahru, here I come..hehe

Sempena cuti Hari Malaysia ni kan, saje la duk perabis masa dan duit of coz kat JB..rindu, itu sudah pasti..tak tau kenapa rasa teramat la sebak bila sampai..nasib baik ada kakak kan, lau tak dah nangis2 masa drive kot..

Alamak, kena drive sendiri sebab kakak ada meeting..huhu, 4 kali makcik tu tunjuk jalan tp perasaan fobia sesat jalan di JB mengatasi segala-galanya...huhu, tapi akhirnya boleh la jugak drive jalan g Suria City Hotel tu..tapi pas check in mmg tak berani nak kuar dah, sbb takut sesat..haha

Lalu di tepi Hotel Selasa, erm, mcm ada sesuatu kt situ yang tertinggal..malam plak ke Bazar JB, lagi la sedih..sampai bila ye? Lembutnya hati aku ni..tak nak nmpk sedih sgt, g la layan kakak aku jalan satu Bazar ni..alahai, dah jalan ngan makcik ni, tercabut la kepala lutut aku..

Hari ni sempat singgah rumah kawan satu sekolah merangkap bekas staf..masa kahwin tersalah maklumat so ni kira balas balik la ni..dua dah anak ko Noni (skrg dah kena panggil Ani okeh...huhu)..tahniah la ye..sempat lagi grab aku sebelum balik tu, macam2 cerita..erm, kesimpulannya sama je..aku nak bawa diri, tak nak lagi pusing belakang..tambah2 lagi apa yang telah ku dengar..beb, aku tak cukup kuat nak tengok kehancuran orang lain..minta la dijauhkan..biar aku je yang pergi ye...

Dah sampai kampung, mak abah makin uzur, tgk keadaan rumah macam kurang terurus..tapi ego orang tua ni kan, erm...payah nak cakap..semoga semuanya dipermudahkan...mau tito, ngantuk ni ;)






Sunday, 8 September 2013

My New Trimester Begin

Posted by Farhana Isa at Sunday, September 08, 2013 0 comments
Ya Allah, menangis lagi..nak menaip post ni berjurai lagi air mata nih...ape hal ni? Bukan sepatutnya luka ni tak seteruk dulu ke? Kan dah tanam dalam hati supaya tak jatuh hati sedalam-dalamnya lagi, at least kalau org tak suka kat kita tak la sakit sgt kan...apa dah jadi? Benci pada diri sendiri dah meluap-luap, bukan sebab apa tapi sebab tak pandai nak balas dendam..pasrah je apa yang jadi..

Esok dah start new trimester saya..so bermula la senyuman palsu dlm kelas tu..haha, bukan tak suka pergi kelas tapi saya tak suka kepura-puraan semua orang..yang ambil kesempatan dan yang bodoh sombong..gosh...tak sabar nak habiskan tempoh 4 bulan ni lagi..harap semuanya berjalan lancar

Sejujurnya sangat tertekan..duit, keluarga, sakit hati..tak terluah dah dan tak ada sape sanggup dengar lagi pun..

Hanya doa kekuatan hati, oo ya, terkejut dengan sapaan seseorang yang pernah salahkan takdir aku sebelum ni..jangan risau, walaupun tiada lansung kata-kata maaf dari dia, saya dah maafkan semuanya..seperti biasa, tak reti nak berdendam..thanks ye Puan Roziana sebab sudi tny khabar..bukan tak teringin nak jumpa u all tapi sy bimbang ramai akan tafsirkan benda lain nanti..

** special dedication pada Suhaizam atas kelahiran Suhaizam Junior ye..terdetik juga nak wish dlm FB tp takut menganggu comment org lain plak..so, baca dari jauh je la..

rindu kat u all semua..semua dah berakhir kan? semuanya..sekali lagi takdir berubah disebabkan LELAKI..
 

Jantung Masih Berdetik, Hati Masih Terasa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting