Monday, 3 February 2014

Ho Chi Minh City..

Posted by Unknown at Monday, February 03, 2014 0 comments
5 Januari 2014..

Lepas je last paper, terus gerak ke airport...sgt la stress..hati tak happy pun tp sebabkan dah terbeli tiket ikutkan juga la langkah kakak..tp dlm hati memberontak tak nak pergi..klu boleh buat2 accident terlantar kt spital dah buat dah..x nak plak ade sape2 nak saje2 nak langgar aku kan..huhu 

Pengalaman di Ho Chi Minh? mlm pertama tu blurr juga la..perut dh lapar, x tau nak tuju ke mana..terpaksa la singgah satu butik ni Rohani Collection dan paling terpaksanya kena la beli telekung sbb nak tny kedai makan Muslim kat mana kan..huhu..nasib baik harga telekung kt sini tak mahal..so borong juga la 3 helai..dalam RM 90 duit Malaysia @ duit Pn Firdaus..keh3

Banyak juga restoran muslim kat sini, tak la payah nak cari makan..cuma mahal sikit la..seorang sekali makan dalam RM 30..dapatlah nasi putih dan 3-4 jenis lauk..agak mewah..dan boleh bungkus esok leh makan masa breakfast..masa breakfast kt hotel, just makan roti je la, mmg la ade sedia nasi goreng vegetarian tapi sebelah tu ade soup  Bxxx ok..so x yah la makan..bahaya

Disebabkan 2 hari je kt sini, esok nya kami sempat ke Chu Chi Tunnel je..join trip mat saleh satu bas..RM 45 (8.00 pagi - 4.00 petang)..mmg x de org Malaysia lgsg bas ni..kami 2 org je yg pakai tudung yang lain semua omputih..jd perhatian kejap..huhu..

Letih juga nak habiskan visit kat Chu Chi Tunnel ni, biasa la muzium perang kan..xde la best sgt, tp teruk juga la bisa badan sbb gatal sgt pergi masuk terowong kt sana..konon sahut cabaran cik puan sorang tu la kan..aduhai

Tak shopping apa sgt pun, just beli telekung + kopi Vietnam..tapi yg paling enjoy, dua malam kt sana asyik layan Kopi Ais je..terbaekkk la..

Oh ye, satu pengajaran yang tidak boleh dilupakan, please check tiket flight betul2 ya..disebabkan kesilapan membaca tiket flight kami surrended dekat airport hampir 7 jam dan lost lagi RM 1000 (sekali lagi card Pn Firdaus ye) beli tiket plg last hari tu...huaaaaaa...




first Dinner kami di HCM

Kopi Vietnam

terpaksa beli kt kedai ni, sbb seller tu main tarik2 tangan plak, luka tgn aku dicakarnya..bengong tul



rehat jap sebelum sampai Chu Chi Tunnel




Sunday, 1 December 2013

Miss this moment..

Posted by Unknown at Sunday, December 01, 2013 0 comments
Tengah2 duk delete file,jumpa this video...sob2

Wednesday, 6 November 2013

Percutian Tak Dirancang

Posted by Unknown at Wednesday, November 06, 2013 0 comments
Awsome gile Farhana, 13 jam tido tak bangun2..haha..penat sgt lepas 2 hari travel dengan kakak menjelajah Perak..akhirnya sampai juga ke Pulau Pangkor..macam la jauh sgt Pangkor tu kan, walaupun tak jauh tp mcm2 halangan nak sampai ke sana walaupun berbelas kali dah jejak Pekan Lumut tu..boleh sesat lagi kt Pekan Manjung, yg paling ketara poyo nye sesat ke Hospital Sri Manjung...sgt melampau...huhu

Last minute decide nak travel, gerak dari rumah pun dah nak pukul 6 ptg, sampai di Lumut pukul 10 malam..hujan yang sgt lebat sepanjang Kuala Selangor hingga la Teluk Intan membataskan penglihatan mata yg rabun ni..huhu

Plan asal kami nak bermalam di pulau, tapi mcm biasa la Cik Farhana sorang ni, suka hati tukar plan, so cadangan ditukar hny pusing pulau je dan lepas tu keluar balik..jadi tak bermalam la sbb kami plan nak terus ke Batu Gajah plak...

Pulau Pangkor??? Takde la best sgt pun, panas je lebih..pantai pun tak cantik sgt...takde tarikan sgt pun dan bentuk muka bumi nya pun sgt la daif..first and last la kot pergi sana..tinggal kenangan je..

Kami sampai di Batu Gajah dalam pukul 4 petang..sebenarnya badan dah nak flat sebab malam tak dapat tido..tp makcik sorang tu tak reti penat...sampai la juga di Kellie Castle..istana berhantuuuuuu...tapi tempat ni sgt cantik dan tenang..sbb view atas bukit tu kot...pergh, nak kena memanjat tangga lagi...patah lutut makcik...tapi puas hati la, best juga bergambar kt atas tu..tp akhirnya sebelum turun tu, disebabkan tak boleh tahan letih sgt, terduduk jugak la ye...nasib tak pengsan ok...

Dengan tak sedar dirinya masih ada hati nak sambung drive ke Taiping plak..tapi disebabkan bukan la cuti sekolah banyak la hotel kosong lagi..So malam tu kami tidur di Hotel Taiping Perdana..sangat selesa dan best...bilik cantik dan breakfast sangat sedap...sangat sesuai untuk mengadakan kursus di sini tp malangnya selain Zoo Taiping tak ada apa yg menarik aku untuk datang di sini..boring la juga...kedai mamak pun tutup pukul 8 malam..ape punya live la kan..terasa asing sungguh kt sana...

dah berjalan pun berdua je kan, so kak long ambil gambar kita, kita amik gambir dia kan..smile ;)

Ada org sudi tlg amik gmbr kami dua org..huhu

tggu feri jalan...

awal pagi di jeti, org pun takde lagik

di parking bertingkat pekan Lumut

ready nak jenjalan walaupun tak tido semalaman



panas ok tiang tu..cover je nih




kacau pose org..


Restoran di Kellie's Cas
Kota Belanda
















Thursday, 17 October 2013

Satu Hari Di Hari Raya

Posted by Unknown at Thursday, October 17, 2013 0 comments
Aidiladha 2013..sekadar merakam kenangan keluarga tersayang...

Lama tak menulis..blog ni pun sebenarnya aku tutup untuk sementara waktu..under construction tp kini dibuka semula..sekadar untuk berkongsi rasa hati..ye la tu kan..cuma pesanan saya, tak payah la rajin2 nak stalk blog org lepas tu nak sentap sendiri ye..this is my life, dan saya tak akan pernah menyesal dengan tulisan saya sendiri..promise

Raya haji 2013, utk tahun ke 29 hidup ini masih lagi beraya di Johor..tak bertambah dan tak berkurang ahli keluarganya..haha..tak lama pun balik raya, petang tu juga balik ke Kajang..tapi malang memang tak pakai perfume kan, tak berbau langsung..

Banyak plak tragedi menimpa dan masih bernasib baik..thanks le pada kakak yang banyak 'menolong' ye masa di balai polis dan JPN Muar tu ye..huhu...balik esoknya, terpaksa la kuatkan semangat, maklumlah dah xcident, pastinya ada trauma..kuatkan hati je, cuba nak fikir positif..takda sape yg boleh nak drive utk kita buat masa ni..so semua kena settle sendiri..apa pun, minggu ni dan minggu depan adalah minggu2 stress aku..exam lagi..rasa baru je rehat dari semput exam kan, nak exam lagi..huhu..kuat lagi ke kali ni? ntah lah..be strong Farhana...







Monday, 16 September 2013

Andai Lelaki Tahu

Posted by Unknown at Monday, September 16, 2013 0 comments
andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna dia tidak sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

< sekadar perkongsian..andai dia tahu.. >

Saturday, 14 September 2013

Take A Break..

Posted by Unknown at Saturday, September 14, 2013 0 comments
Johor Bahru, here I come..hehe

Sempena cuti Hari Malaysia ni kan, saje la duk perabis masa dan duit of coz kat JB..rindu, itu sudah pasti..tak tau kenapa rasa teramat la sebak bila sampai..nasib baik ada kakak kan, lau tak dah nangis2 masa drive kot..

Alamak, kena drive sendiri sebab kakak ada meeting..huhu, 4 kali makcik tu tunjuk jalan tp perasaan fobia sesat jalan di JB mengatasi segala-galanya...huhu, tapi akhirnya boleh la jugak drive jalan g Suria City Hotel tu..tapi pas check in mmg tak berani nak kuar dah, sbb takut sesat..haha

Lalu di tepi Hotel Selasa, erm, mcm ada sesuatu kt situ yang tertinggal..malam plak ke Bazar JB, lagi la sedih..sampai bila ye? Lembutnya hati aku ni..tak nak nmpk sedih sgt, g la layan kakak aku jalan satu Bazar ni..alahai, dah jalan ngan makcik ni, tercabut la kepala lutut aku..

Hari ni sempat singgah rumah kawan satu sekolah merangkap bekas staf..masa kahwin tersalah maklumat so ni kira balas balik la ni..dua dah anak ko Noni (skrg dah kena panggil Ani okeh...huhu)..tahniah la ye..sempat lagi grab aku sebelum balik tu, macam2 cerita..erm, kesimpulannya sama je..aku nak bawa diri, tak nak lagi pusing belakang..tambah2 lagi apa yang telah ku dengar..beb, aku tak cukup kuat nak tengok kehancuran orang lain..minta la dijauhkan..biar aku je yang pergi ye...

Dah sampai kampung, mak abah makin uzur, tgk keadaan rumah macam kurang terurus..tapi ego orang tua ni kan, erm...payah nak cakap..semoga semuanya dipermudahkan...mau tito, ngantuk ni ;)






 

Jantung Masih Berdetik, Hati Masih Terasa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting