Monday, 23 March 2015

Repost - Dunia Baru

Posted by Farhana Isa at Monday, March 23, 2015 0 comments
Khamis lepas, kakitangan di ofis baruku menjalani kursus di De Palma Resort, Kuala Selangor...mmg kurang bersedia pada mulanya kerana baru sahaja bercuti selama 3 hari berada di kampung...dgn keadaan letih aku gagahi juga untuk bersama-sama dengan kakitanganku di sepanjang kursus berlangsung...

Kursus yang bagi ku adalah kursus biasa-biasa sahaja...tp mungkin bagi kakitangan bergred rendah seperti mereka, ini merupakan pendedahan baru selain dari kerja-kerja biasa yang dilakukan...sukar untuk ku tafsirkan perasaan ku, kali pertama bersama dengan orang-orang baru di sana..dengan pelbagai latar belakang sehingga ada seorang staf yang sehingga akhir kursus tidak mengetahui siapa aku kepada mereka...ada yang memanggil adik Farhana, ada yang memanggil aku anak pun...haha

Aku cuba tersenyum, berkongsi semangat yang ada namun kejadian pada Jumaat tengahari itu betul2 melukakan hatiku sehingga aku terpaksa pulang ke bilik..bimbang staf melihat keadaan ku...





Kini, semuanya tercalar...aku hilang kebebasan ku..blog kesayanganku, terpaksa ku tutup kerana begitu terluka dan tercalar...sungguh, malam itu aku cuba menulis lagi namun aku gagal dan terlalu tawar hati...namun, kini semuanya telah ku lenyapkan demi menjaga hati yang telah terluka...

Aku tahu, aku perlu hidup baru...meninggalkan semua kenangan lama...di sini, tiada lagi tempat untuk mengadu damba, aku berdiri keseorangan..menghadapi dunia2 baruku yang kurasakan begitu asing..Blog, izinkan aku mengeluh seketika..."huh"...anak manja sepertiku Blog, sukar untuk ku bergaul dan berjiwa dgn mereka, semasa di ofis lama pun, aku tidak betah bergaul dgn org lebih2 lagi kaum Adam kecuali yang betul2 rapat dgnku...

Aku tidak tahu sejauh mana aku mampu bertahan, setebal mana kebolehan aku di sini..hanya Allah tempat ku mengadu...aku hilang semuanya, hilang kepercayaan seorang ketua yang selama ini begitu mengagungkan ku...hilang orang-orang yang aku sayang...andai ini satu hukuman, aku redha Ya Allah...jgn kau hampirkan lagi kenangan lama itu padaku...

Kepada keluarga baruku, terima aku seadanya, maafkan aku sekiranya aku tewas menjadi Farhana yang dulu tapi aku yakin aku masih mampu buat yang terbaik...Bingo!

 TQ Cik Ema, belanja cendol yang sedap ni...terharu masih ada yang sanggup menangis kerana saya...special dedication buat Kak Ros dan Ema...terima kasihku...

Repost - All About Family 2

Posted by Farhana Isa at Monday, March 23, 2015 0 comments
Alahai comel...

smile...




Repost - Fairul's Wedding Part 1

Posted by Farhana Isa at Monday, March 23, 2015 0 comments
11 Disember 2011 @ D'Kelana TH Hotel...

Perkahwinan sepupu pertamaku sebelah emak...erm, akhirnya atuk kami boleh senyum la, cucu first dia dah kahwin..huhuhuhu...lepas ni adik aku plak, Febuari 2012...sebut pasal wedding Febuari ni, ish...apa la yg Allah nak tunjukkan pada kami yer...kad dah cetak, tapi caterer plak lupa booking utk kami...terpaksa la tukar tarikh...takpe la, ada la hikmahnya tu...suka tengok mak sibuk uruskan anak tunggal lelaki dia kahwin, ermm...ntah la...kami berdua ni ikut jer la...lepas ni kak long plak kot...hahaha...special utk semua sepupu2ku yg bengong ni...love u all...muahhhhh

** yang bestnya, mak kata kak long cantik, lepas tu aku pun sibuk tny mak.."Kak ngah tak cantik ke mak?"..hehe..mak jawab "cantik, anak2 mak semua cantik"...hehehehe...boleh le perasan kejap...haha


sampai2 posing dulu...

sepupu2ku...


kakyan, azra, makcik n kaklong

pengapit..auww jugak pakcik ni

makcik ni sempat lg baca novel


Repost - Fairul's Wedding

Posted by Farhana Isa at Monday, March 23, 2015 0 comments









Wednesday, 13 August 2014

Bukan Ini Jalan Yang Dipilih

Posted by Farhana Isa at Wednesday, August 13, 2014 0 comments
Kun Fayakun..

Cerita bukan untuk dikesali tapi untuk diteladani..

Kekuatan hati dicabar lagi..ntah kenapa masih lagi ada sisa2 sakit yang tak terubat walau telah lama dirawat..kasih lagi ke? sayang lagi ke? Wallahualam..

Merintih sendirian, akhirnya air mata gugur lagi..salah apa lagi aku kali ini..kecundang soal hati mmg aku la ratunya..kecewa sendiri dan biarkan orang lain bahagia, satu pencapaian yang hebat untuk aku..soal hati???

Masih yakin dengan ketentuan Illahi, dipertemukan dengan orang yang silap kerana Allah dah janjikan sebaik-baik manusia untuk aku..amin

Hari ni kesedihan dan kesakitan pada hati terburai lagi..sakit rasa dada ni, lemah kaki ni nak melangkah..tapi aku teruskan juga..ikatan-ikatan tali yang kononnya kuat dulu tak dapat mengatasi takdir Tuhan..ujian untuk hambaNya..pasrah..tapi sampai bila..bukan wang ringgit yang aku dambakan..hanya keikhlasan dan kebahagiaan menuju ke alam kekal..Insya Allah

** redup cuaca di luar seolah-olah memahami jiwa yang nazak berduka..Tuhan, tiada istilah dendam cuma doaku mereka sihat dan berbahagia..amin

Monday, 31 March 2014

Dadali-Disaat Sendiri

Posted by Farhana Isa at Monday, March 31, 2014 0 comments




Hanya Allah mengetahui segala-galanya..be strong..yang pergi itu cinta, pasti yg datang itu Jodoh..amin..:)

Monday, 3 February 2014

Ho Chi Minh Part II

Posted by Farhana Isa at Monday, February 03, 2014 0 comments

cute sungguh brader yg bancuh kopi ni..sampai 3 gelas order ye

first telekung yg kami beli di Rohani Collection


breakfast first day




















Kulit popia Vietnam












trip RM 45, dpt makan Ubi Kayu je ek..

















Banker I..hehe



tengah tgk flight air asia dah berlepas tinggalkan kami...huaaaaa





Depan Opera House





Dalam Ben Tanth Market

Lorong Org Malaysia..bnyk Restoran Melayu Champ kt sini










Last flight to KL...

muka sgt penat..tak jumpa makanan halal dkt airport, asyik makan biskut Oreo je dgn mineral water...sob..sob


Muka makcik x blh blah bila dpt makan kan3

**** bnyk nya gambar Puan Firdaus kali ni..ini tidak adil...huaaaaaaa
 

Jantung Masih Berdetik, Hati Masih Terasa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting